Vorteks kutub

Vorteks kutub ialah siklon besar berterusan yang terletak di kawasan berdekatan kutub-kutub sesebuah planet. Ia terdiri daripada angin berudara padat dan sejuk dari kawasan artik yang bertebaran antara kawasan troposfera tengah dan atas sehingga ia menjangkau ke stratosfera. Angin bawaan vorteks sebegini menguat pada musim sejuk dan menjadi lemah pada musim panas kerana kebergantungannya kepada perbezaan antara suhu-suhu di kawasan kutub dan kawasan khatulistiwa.[1]Vorteks kutub di hemisfera utara paling tertumpu di dua lokasi: satu berdekatan Pulau Baffin dan satu lagi di timur laut Siberia.[2] Vorteks di hemisfera selatan pula tertumpu berdekatan pesisiran Pentas Ais Ross, tepatnya dekat lajur barat ke-160.[3] Arah putaran vorteks berhubung kait rapat dengan lokasinya akibat kesan Coriolis, di mana vorteks Hemisfera Utara akan berpusing mengikut arah lawan jam manakala vorteks di Hemisfera Selatan pula akan berpusing mengikut arah jam.

Rujukan

WikiPedia: Vorteks kutub http://www.tpub.com/weather2/3-2.htm http://www.cfm.brown.edu/people/sean/Vortex/ http://adsabs.harvard.edu/abs/1993JAtS...50.4058C http://solberg.snr.missouri.edu/gcc/ http://glossary.eea.europa.eu/terminology/concept_... http://www.jpl.nasa.gov/news/news.cfm?release=2006... http://andvari.vedur.is/~halldor/HB/Met210old/Glob... http://glossary.ametsoc.org/wiki/Polar_vortex //doi.org/10.1175%2F1520-0469(1993)050%3C4058:LSOA... http://nsidc.org/arcticmet/patterns/polar_vortex.h...